Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj (Rabu, 27 Julai 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (13, 14 dan 15 Jun 2010) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah saw lagi :
“Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :
“Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi
“Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Petikan dari blog Coretan ilham
Blog Pak Cat
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Tuesday, June 15, 2010
Hijrah itu adalah..2
Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
Pengertian Hijrah
* Menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan.
* Menurut istilah yang dikehendaki pada hadis pertama ialah meninggalkan negeri Mekah lalu beroindah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.
* Hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.
* Hijrah yang dituntuti oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan mahupun dengan lainnya.
* Ada pula hijrah kepada yang lain dari Allah dan RasulNya, iaitu kerana dunia atau perempuan masuk dalam kargori segala amal yang dikerjakan untuk kepentingan dunia atau kedudukan dan ini jelas bertentangan dengan hakikat ikhlas.
Pengertian Hijrah
* Menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan.
* Menurut istilah yang dikehendaki pada hadis pertama ialah meninggalkan negeri Mekah lalu beroindah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.
* Hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.
* Hijrah yang dituntuti oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan mahupun dengan lainnya.
* Ada pula hijrah kepada yang lain dari Allah dan RasulNya, iaitu kerana dunia atau perempuan masuk dalam kargori segala amal yang dikerjakan untuk kepentingan dunia atau kedudukan dan ini jelas bertentangan dengan hakikat ikhlas.
Subscribe to:
Posts (Atom)