Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
Pengertian Hijrah
* Menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan.
* Menurut istilah yang dikehendaki pada hadis pertama ialah meninggalkan negeri Mekah lalu beroindah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.
* Hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.
* Hijrah yang dituntuti oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan mahupun dengan lainnya.
* Ada pula hijrah kepada yang lain dari Allah dan RasulNya, iaitu kerana dunia atau perempuan masuk dalam kargori segala amal yang dikerjakan untuk kepentingan dunia atau kedudukan dan ini jelas bertentangan dengan hakikat ikhlas.
No comments:
Post a Comment